Saya tak faham kenapa permohonan pasukan pembelaan DS Najib untuk menyingkirkan YA Abu Bakar Jais semalam ditolak. Beliau adalah hakim mahkamah rayuan, bukan hakim mahkamah persekutuan.
Tapi apa yang lebih saya hairan, kenapa lantikan hakim dalam review kes DS Najib Razak masih diteruskan selepas kerajaan mengumumkan RCI terhadap laporan siasatan dakwaan Tommy Thomas akan ditubuhkan.
Pada pendapat saya, semua lantikan lantikan ini, termasuklah pengumuman kenaikkan pangkat hakim hakim dari mahkamah tinggi ke mahkamah rayuan (antaranya Collin dan Zaini) perlu dihentikan terlebih dahulu. Sebabnya?
Semua perlantikan ini melibatkan campurtangan Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun selaku Anggota Suruhanjaya Pelantikan Hakim (JAC).
Kita kena ingat, lantikan Tengku Maimun sebagai Ketua Hakim Negara adalah salah satu perkara yang menjadi dakwaan dalam buku Tommy kerana adanya campurtangan politik yang berlebihan dan salah guna kuasa ketika itu.
Nama Maimun tiada langsung dalam senarai 4 nama yang dihantar oleh JAC pada 2019 sebagai Ketua Hakim Negara. Tetapi, disebabkan campurtangan Tun Mahathir dan Tommy, Maimun telah dilantik ke jawatan itu.
Ini bermaksud, selain lantikan beliau diragui prosesnya, Maimun sendiri tidak mempunyai kredibel dan kelayakkan yang sepatutnya mengikut standard JAC sebagai Ketua Hakim Negara. Orang kata naik sebab kabel.
Disebabkan itu, saya fikir lebih baik kerajaan selesaikan dulu RCI ini sebelum meneruskan proses yang jelas nampak tidak adil kepada DS Najib ini. Selagi Maimun tidak diminta berehat dari menjalankan tugasnya sebagai CJ, selagi itu akan timbul keraguan dalam proses keadilan terhadap DS Najib.
Sekadar pandangan saya sebagai rakyat Malaysia yang prihatin yang mahukan keadilan untuk DS Najib.
Rf Lias
Pulau Pinang
